ular yg berjaya ditangkap di dalam rumah
Inilah ular "Rusuk Kerbau" mengikut kata pemain ular
www.kenarianz.com.my
Yang ni plak, tembak air tak kena2 pada api.. Patut la hangus
Teman dgn team teman pecah masuk ruangan tmpt kebakaran tp time ni api dah padam 80% pun
Teman tengah cuba memadamkan api yang hanya sebesar kuman tp hampir 10 minit jugak api tu baru padam
Tuan kedai merayu pada anggota bomba untuk masuk ke dalam kedai untuk mengambil peti besi duit beliau
Hanya tanda nama kedai ni je yang tak disambar api.. Yang lain ...wassalam
Sungai Siput 8 Januari 2010
Sekali lagi pihak JPAM telah dipanggil untuk membantu Operasi kebakaran 6 deret rumah kedai di Jalan Lintang, Sungai Siput. Pusat kawalan JPAM Ipoh menerima panggilan dari IPD Sungai Siput tepat pada jam 10 mlm. Teman bersama team teman yang terdiri dari 1 ambulan dan 1 jentera penyelamat ringan bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 1032H. Jemtera penyelamat ringan dinaiki oleh teman dan juga 9w2AFM bersama 3 anggota dan ambulan dinaiki oleh 9w2AKR dan 9w2FDS dan 2 lagi anggota. Sebaik sampai lokasi teman dan team diarahkan oleh pihak polis bagi mebantu pasukan bomba yang menghadapi kesukaran kerana kekurangan anggota di bahagian belakang deretan kedai. Teman dan team terpaksa memecah pintu belakang kedai untuk memasuki premis. Alhamdullillah tiada kejadian atau kemalangan pada teman dan anggota penyelamat yang lain. Api hanya dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 0135H. Punca kejadian dipercayai disebabkan litar pintas di salah satu premis tersebut.
Agensi yang terlibat:-
Bomba Sungai Siput 1 jentera
Bomba Ipoh 1 jentera
Bomba Kuala Kangsar 1 jentera
JPAM 1 jentera penyelamat ringan, 1 ambuan anggota 22 anggota
Polis Balai Jalong dan IPD
Satu majlis khatan beramai-ramai telah diadakan di Taman Indah, Tg Rambutan dan Kg Manjoi. Tahniah kepada anak-anak yg menyahut cabaran menjadi remaja. Tahniah juga diucapkan kepada pihak pengelola yang berpenat lelah menjayakan program ini. Seperti biasa pihak JPAM sekali lagi membantu untuk memandikan anak-anak ini. bermacam gelagat dan telatah boleh kita saksikan di majlis ini. Pecah perut teman tengok mereka.
