Selasa, 11 Mei 2010

Perkhemahan KAPA Kinta Utara

Pada 7-9 Mei 2010, satu perkhemahan kadet-kadet Pertahanan Awam peringkat Kinta Utara telah diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Pos Raya. Seramai 89 pelajar, 22 guru pengiring serta 20 jurulatih dari JPAM telah berkampung di sini.
Pelbagai aktiviti dan acara dijalankan sepanjang perkhemahan ini bagi menguji semangat kerjasama antara peserta serta daya ketahanan dan yakin diri peserta. Pada sebelah pagi hari kedua perkhemahan pelajar telah memasuki hutan behampiran tapak perkhemahan untuk menguji ketahanan fizikal. Pelajar juga diajar untuk mengenali tumbuhan hutan yang boleh dijadikan makanan atau ubatan serta memupuk sikap sayangkan alam sekitar.
Pada sebelah petang pula, pelajar-pelajar ini sekali lagi diujikan dengan ketahanan fizikal dan mental. Kali ini pelajar terpaksa menyeberangi sungai hanya menggunakan tali yang direntas sepanjang sungai.
Pada sebelah malam pula, acara malam kebudayaan diadakan dimana pelajar-pelajar ini telah memilih satu tajuk mengikut kumpulan masing-masing untuk dipersembah dan dipertonton oleh jurulatih serta guru pengiring. Turut hadir menyaksikan persembahan ini adalah Timbalan Pelajaran PPD Kinta Utara. Malam kebudayaan ini juga diserikan lagi persembahan karaoke dari wakil kumpulan , jurulatih dan guru pengiring. Tepat jam 12 malam acara berakhir dan pelajar dibenarkan masuk ke khemah masing-masing. Belum pun mata terlelap, tepat jam 2 pagi pelajar-pelajar ini dikejut dan dibangunkan dari tido dan berbaris bagi mengira kekuatan peserta. maka bermula malam giler lagi mengiler bagi pelajar ini..... Program hari ke 2 berakhir tepat jam 5 pagi. Hehe ..ini bermakna hanya 2 jam sahaja pelajar ini dapat tidur. Kesian kan
Hari ke 3 bermula seperti biasa, bangun jam 6 pagi mandi dan solat. Kali ini pelajar di beri kelas pertolongan cemas dimana pelajaran CPR sahaja diberi penekanan pada pagi hari ke 3. Tepat jam 12 tengahari bermula acara penutupan kursus dan perkhemahan berakhir jam 2 petang..Walaupun perkhemahan ini singkat tetapi penghayatan nya di harap dapat dipraktikkan oleh pelajar-pelajar ini. Rata-rat pelajar semua berpuas hati dan ingin hadir lagi jika ada perkhemahan akan datang.










Posted by Picasa

0 comments:

Catat Ulasan